PIBG BERSAMA MERAIKAN HARI GRADUASI PRA SEKOLAH 2013



TARIKH : 1 NOV 2013 (JUMAAT)
TEMPAT : DATARAN ILMU SKBB

FUNGSI PERSATUAN



Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan persatuan yang dinyatakan,, seperti ;

-membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

-menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;

-meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;

-meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

TUJUAN PIBG



(a)    untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam menigkatkan imej Sekolah;

(b)   untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka;

(c)    untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

(d)   untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan

(e)    untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.