Laman Blog ini merupakan slah satu lagi pembaharuan yang dibuat oleh Jawatankuasa PIBG 2009/ 2010. Berikutan daripada era teknologi dan maklumat berdasarkan internet kita tidak dapat lari daripada menggunakannya. Ianya juga merupakan salah satu saluran antara Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, guru dan ibu bapa sendiri dapat berinteraksi bersama secara online. Justeru itu, segala informasi terkini dan komentar dapat dimanfaatkan melalui blog ini. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amatlah dihargai.
4 comments:
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ibubapa SKBB,
Pertama sekali syabas Cikgu/Ustaz Hisham kerana berjaya mereliasasikan impian kami, ibubapa SKBB ie. mewujudkan blog ini. Saya harap selepas ini pihak sekolah dapat memainkan peranan memaklumkan kepada ibubapa semua melalui pemberitahuan ringkas yakni bertulis tentang kewujudan blog ini supaya kita sama-sama dapat berkomunikasi untuk kemajuan anak-anak kita dan SKBB sendiri. Sekian.
Assalamualaikum,
Saya merasakan blog ini patut 'diceriakan' lagi dgn isi-isi yg padat seperti aktiviti yg telah diadakan dan akan diadakan sepanjang 2008. Penglibatan ibu-bapa dan guru-guru juga memainkan peranan yg penting dalam menghidupkan 'perbualan maya' ini.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagi ibu bapa yang selalu atau kerap akses kepada internet, diharap dapat berinteraksi dengan kami mewakili AJK PIBG SKBB melalui blog ini. Sampaikan perkara-perkara (cadangan/pertanyaan) berkaitan pendidikan anak anak kita diSKBB. Banyak perkara yang harus kita lakukan bersama supaya anak anak kita mendapat pendidikan dan pelajaran yang sempurna. Setiap persoalan ada jawapan dan setiap cadangan akan didengar walaupun ianya bukan keputusan yang memuaskan dimana mana pihak pun. Harapan kami agar peranan PIBG dengan sokongan dari ibu bapa dapat melaksanakan keutamaan keutamaan yang dirancangkan untuk sekolah ini.
Wassalam dan terima kasih.
Ayuh kita mulakan dengan mengutarakan cadangan2 yang bernas untuk dijadikan asas kepada aktiviti PIBG sesi 2010/2011.
Haji Yaziz Yunus
YDP, PIBG SKBB
Post a Comment