HARI KANTIN SKBB 2010



Anjuran bersama PIBG SK Bukit Beruntung

BERMULA 21 JUN 2010
- PRA JUALAN
- RUMAH MISTERI
- TAYANGAN SLIDE
- CABUTAN BERTUAH

KEMUNCAK 4 JULAI 2010
- JUALAN MAKANAN
- PAMERAN
- PERSEMBAHAN / KARAOKE
- RUMAH MISTERI
- PERMAINAN
- BELIAN BARANGAN TERPAKAI
- CABUTAN BERTUAH
- PERMINTAAN LAGU
- MENUNGGANG KUDA : 3 ANAK KUDA AKAN DIDATANGKAN KHAS

KE SKBB
- 'FLYING FOX'
- JUALAN LELONG AMAL

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI "MEMBELI SAMBIL MENDERMA". SEMUA DIJEMPUT HADIR. TIDAK TERHAD KEPADA IBUBAPA/PENJAGA DAN ANAK-ANAK DI SKBB SAHAJA. KUPON -KUPON SUDAH BOLEH MULA DIBELI DARI PIHAK GURU-GURU DAN AJK PIBG SKBB.

SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA




Walaupun saya seorang yang pernah belajar di sekolah berbahasa penghantar Inggeris semasa di sekolah menengah tapi saya masih hasil sekolah kebangsaan di peringkat sekolah rendah. Itu pun yang berkeras mahu hantar saya ke sekolah Inggeris adalah ayah sedangkan saya amat selesa dihantar ke sekolah menengah kebangsaan sahaja. Jadi walaupun bersekolah Inggeris dan akhirnya menghabiskan hampir 6 tahun dari kehidupan saya di US, jiwa saya masih lagi jiwa seorang nasionalis. Saya masih kental pada kepercayaan saya bahawa jika kita mahu membina bangsa Malaysia yang bersatu padu, Malaysia tidak dapat untuk melarikan diri dari menyokong gagasan satu sekolah untuk semua, iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama untuk setiap anak-anak kita.

Secara logiknya saya tidak nampak bagaimana Malaysia akan dapat merialisasikan konsep 1Malaysia, “Malaysian Malaysia” mahupun “Middle Malaysia” jika anak-anak kecil kita dipisahkan sejak dari umur 7 tahun lagi untuk belajar mengenali ABC dalam kelompok mengikut kaum masing-masing sahaja. Jika sudah bercampur dengan bangsa sendiri, bertutur dalam bahasa sendiri dan makan serta berinteraksi dalam linkungan budaya bangsa sendiri, bila pula anak-anak kita ini boleh mengenali dan memahami kebudayaan serta adat resam kaum lain?

Pernah satu hari saya amat terkejut mendengar seorang murid darjah dua mengatakan “budak India semuanya jahat”. Semudah itu telah dibina persepsi bahawa murid dari suatu kaum itu semuanya jahat. Dari mana dia belajar semua ini? dari guru? rakan sebaya? Atau apakah kerana persekitaran sekolah yang “homogenous” membuatkan anak-anak kita tidak berpeluang untuk mengenali rakan-rakan dari kaum lain semasa di sekolah. Nak kenal macam mana jika di sekolah kebangsaan hanya terdapat beberapa kerat sahaja murid-murid dari kalangan bukan Melayu. Sekolah kebangsaan apa namanya tu! Memang sah lah kata pepatah – tak kenal maka tak cinta.

Saya pernah berkenalan dengan seorang eksekutif hartanah Cina berumur awal 50an yang berpendidikan sekolah Cina dan mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik. Beliau ini amat bersemangat dengan konsep Malaysian Malaysia. Tapi sayang, semasa perdebatan di TV antara Dato Sabri Chik dengan DS Anwar Ibrahim, beliau dengan selamba mengakui tidak memahami apa yang diperdebatkan kerana beliau tidak fasih berbahasa Melayu. Sedih bukan. Itulah realitinya kehidupan masyarakat majmuk Malaysia. Cakap politik berkobar-kobar tapi bahasa kebangsaan sendiri bukan sahaja tak fasih malah tak faham. Amat memalukan.

Bagi saya, demi untuk kepentingan masa depan negara Malaysia yang kita cintai ini, kita harus mengenepikan sentimen politik sempit dan sedia melapangkan dada menerima serta memastikan sekolah kebangsaan sebagai “the school of choice” bagi anak-anak kita. Saya tak akan percaya bahawa anak-anak kita akan hilang sifat Cinanya, Ibannya mahupun Indianya hanya dengan menghantar mereka-mereka ini untuk belajar di sekolah kebangsaan.

Hanya dengan menyokong perjuangan “Satu Sekolah Untuk Semua” sahajalah yang akan dapat menjamin sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan teguh di masa hadapan.

SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA.
Salam. Jumpa lagi nanti

Haji Yaziz Yunus
01-01-2010

PIBG DALAM MERAIKAN HARI GURU 2010


Perarakan Hari Guru


Kek Hari Guru


Terima kasih dari PIBG


Kisah ku untuk anak-anak akan 'Jasa Guruku'


Sajak 'Terima kasih Cikgu'

PAUTAN KE BLOG SKBB

Sekiranya anda ingin melihat apakah aktiviti-aktivit dan perkembangan terkini anak-anak di SKBB sila layari blog http://skbukitberuntung.blogspot.com.

Haniza
AJK Perhubungan Awam
27-05-2010

JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK KITA MENJADIKAN CYBER CAFE RUMAH KE-3 MEREKA

Ibubapa yang dikasihi semua,
Salah satu isu yang diperbincangkan di dalam mesyuarat PIBG SKBB baru-baru ini adalah berkenaan tindakan anak-anak kita yang suka menghabiskan masa di CYBER CAFE Walaupun sudah pernah ditangkap oleh guru-guru dan diberikan khidmat kaunseling, masih ada lagi yang menghabiskan masa ditempat-tempat begini. Tarikan CYBER CAFE memang macam magnet dan masalah ini bukan hanya masalah di SKBB. Di sekolah lain pun menghadapi masalah yang sama. Pada pendapat saya anggap-lah anak-anak ini umpama anak kita juga, tegurlah mereka sekiranya kita ternampak ada yang melepak di CYBER CAFE atau tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Bagi ibubapa semua berfikiran terbukalah kita, teguran ini kerana kita semua prihatin, sayangkan anak-anak bangsa kita. Kita ingin melihat anak2 kita membesar menjadi anak-anak yang berguna untuk negara dan masa akan datang. Sebarang komen dan cadangan bagaimana kita bersama-sama ingin mengatasi masalah ini amat-amatlah dialu-alukan.

Haniza
AJK Perhubungan Awam
27-05-2010 (Khamis)

PIBG DALAM GOTONG ROYONG PERDANA 2010


Berbincang sebelum memulakan gotong royong



Saling bekerjasama bersama guru


Tak kisah buat ape pun


Berehat seketika mengumpul dan menambahkan tenaga

Program dan Projek yang DiCadang dan Dirancang Bagi Tahun 2010/2011

Pada mesyuarat AJK PIBG SK Bukit Beruntung Kali Ke-3 2010 perkara-perkara berikut telah diperbincangkan:
1) Pertemuan dengan AJK tambahan untuk membincangkan isu-isu penjaja.
2) Perjumpaan dan sessi dialog bersama penjaja-penjaja di luar SKBB.
3) Menaiktaraf tandas pelajar.
4) Menyediakan bilik persalinan pelajar.
5) Membina laluan ke-2 bersebelahan kantin/laluan pejalan kaki berbumbung.
6) Membina surau.
7) Membina konkrit lantai dan pemasangan kipas di kawasan berbumbung mengadap padang sekolah.
8) Menyediakan tempat menunggu pelajar bersebelahan pondok pengawal.
9) Menaiktaraf taman wawasan dan pemasangan papan kenyataan.
10) Membina pagar/tembok batu bata bersebelahan padang sekolah.
11) Menyalurkan peruntukan kepada biro kebudayaan di-mana sudah 4 tahun anak-anak kita memakai pakaian yang sama sahaja pada setiap persembahan.

12) Pembabitan anak-anak pelbagai kaum di dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan.
13) Program motivasi buat anak-anak SKBB


Dengan ini kami pihak AJK PIBG SKBB mengharapkan kerjasama yang erat dikalangan ibubapa sendiri untuk memainkan peranan supaya kita bersama-sama dapat mereliasasikan impian ini.

"SEKOLAH ADALAH RUMAH KEDUA BUAT ANAK-ANAK KITA. BANYAK MASA DIHABISKAN DISEKOLAH. PERSEKITARAN YANG SELESA DAPAT MENJANA MINDA ANAK-ANAK UNTUK LEBIH MUDAH MENERIMA PELAJARAN, BERMOTIVASI, BERKETRAMPILAN DAN SEBAGAINYA"


Perhatian buat ibubapa :
Sokonglah usaha PIBG SKBB dalam menjayakan Hari Kantin yang akan diadakan pada 4hb Julai 2010.
Sokongan padu dikalangan ibubapa sendiri dalam usaha untuk menjana kewangan supaya projek-projek yang dirancang di atas dapat dilaksanakan amat-amatlah diharapkan.


Haniza
AJK Perhubungan Awam
25-05-2010
GOTONG ROYONG PERDANA

Tarikh : 15 Mei 2010 ( Sabtu )

Tempat : SK Bukit Beruntung

Masa : 8 pagi

Semua guru dan ibu bapa diharap dapat hadir menyumbangkan tenaga bersama

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG 2010



SEKALUNG TERIMA KASIH PADA AJK PIBG 2009 / 2010



ANTARA AJK PIBG YANG MENERIMA PENGHARGAAN



PERASMIAN DATARAN BERBUMBUNG SKBB



KETIBAAN YANG BERHORMAT



PENDAFTARAN AHLI PIBG SKBB

ARKIB BERITA PIBG



( Klik pada gambar untuk besarkan )
Sinar Harian, 20 Mac 2010

ALUAN YDP PIBG

TERIMA KASIH SEKALI LAGI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

Baru malam isnin ini saya dapat menulis sesuatu untuk blog PIBG. InsyaAllah saya akan cuba menulis sekerap mungkin dan selagi ada respond dari ibu bapa, saya akan terus menulis. Harapan saya, kali ini saya akan dapat mengotakan janji saya ini.

Pemilihan saya kali ke 4 sebagai YDP PIBG amat saya hargai. Sebenarnya saya sudah pun merancang untuk melepaskan jawatan saya ini tapi bila mengenangkan masih ada yang perlu saya bereskan maka saya rasa eloklah saya teruskan untuk sepenggal lagi. Hutang RM 20,000 untuk pembinaan tempat berbumbung mesti saya lunasi supaya ia tidak akan menjadi beban kepada AJK PIBG baru nanti.

Terima kasih kepada tuan/puan yang telah memberikan mandat baru kepada sebahagian besar jawatan kuasa 2009 saya untuk terus berkhidmat sepenggal lagi. Bagi saudara Zainuddin pula, saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah beliau curahkan pada penggal lepas dan selamat berkhidmat kepada AJK baru yang telah dipilih saudara Riduan Zainal Abidin.

Mungkin cukup coretan saya setakat ini dahulu. Saya berharap akan dapat menulis lebih panjang lagi selepas ini. Jika ada dikalangan tuan/puan yang ingin menulis terus kepada saya mengenai isu-isu sekolah, sila alamatkan email tuan/puan ke yazizy@gmail.com. Saya tak jamin akan dapat menyelesaikan semua masalah yang tuan/puan bangkitkan tapi saya akan cuba untuk setiap isu dibincangkan diperingkat mesyuarat AJK PIBG bagi dicari penyelesaian yang terbaik. Hingga jumpa lagi….. salam.

Haji Yaziz Yunus

E-mail: yazizy@gmail.com

H/P: 0192237629

14/03/2010