Program dan Projek yang DiCadang dan Dirancang Bagi Tahun 2010/2011

Pada mesyuarat AJK PIBG SK Bukit Beruntung Kali Ke-3 2010 perkara-perkara berikut telah diperbincangkan:
1) Pertemuan dengan AJK tambahan untuk membincangkan isu-isu penjaja.
2) Perjumpaan dan sessi dialog bersama penjaja-penjaja di luar SKBB.
3) Menaiktaraf tandas pelajar.
4) Menyediakan bilik persalinan pelajar.
5) Membina laluan ke-2 bersebelahan kantin/laluan pejalan kaki berbumbung.
6) Membina surau.
7) Membina konkrit lantai dan pemasangan kipas di kawasan berbumbung mengadap padang sekolah.
8) Menyediakan tempat menunggu pelajar bersebelahan pondok pengawal.
9) Menaiktaraf taman wawasan dan pemasangan papan kenyataan.
10) Membina pagar/tembok batu bata bersebelahan padang sekolah.
11) Menyalurkan peruntukan kepada biro kebudayaan di-mana sudah 4 tahun anak-anak kita memakai pakaian yang sama sahaja pada setiap persembahan.

12) Pembabitan anak-anak pelbagai kaum di dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan.
13) Program motivasi buat anak-anak SKBB


Dengan ini kami pihak AJK PIBG SKBB mengharapkan kerjasama yang erat dikalangan ibubapa sendiri untuk memainkan peranan supaya kita bersama-sama dapat mereliasasikan impian ini.

"SEKOLAH ADALAH RUMAH KEDUA BUAT ANAK-ANAK KITA. BANYAK MASA DIHABISKAN DISEKOLAH. PERSEKITARAN YANG SELESA DAPAT MENJANA MINDA ANAK-ANAK UNTUK LEBIH MUDAH MENERIMA PELAJARAN, BERMOTIVASI, BERKETRAMPILAN DAN SEBAGAINYA"


Perhatian buat ibubapa :
Sokonglah usaha PIBG SKBB dalam menjayakan Hari Kantin yang akan diadakan pada 4hb Julai 2010.
Sokongan padu dikalangan ibubapa sendiri dalam usaha untuk menjana kewangan supaya projek-projek yang dirancang di atas dapat dilaksanakan amat-amatlah diharapkan.


Haniza
AJK Perhubungan Awam
25-05-2010

1 comment:

Unknown said...

Usaha yang sangat baik Pn. Haniza. Teruskan dalam memantapkan lagi Blog PIBG kita ini. Saya pasti para ibubapa akan memberi sokongan padu dalam segala aktiviti yang dijalankan oleh PIBG demi anak-anak kita di sekolah.

Vela. R